Monday, October 25, 2010

Pasukan Bola Jaring Sekolah


Latihan dan pemilihan pasukan bola jaring sekolah. Bersama jurulatih pasukan sekolah, Pn Suzana. Semoga berjaya.

Kelab Permainan

Setiap hari Rabu, 4.00 hingga 5.30 petang, semua pelajar tahap 2 iaitu tahun 4, 5 dan 6 serta guru-guru penasihat kelab permainan akan turun padang untuk bersama murid melakukan aktiviti ini. Antara kelab permainan yang terlibat ialah bola sepak, bola baling, badminton, bola jaring, bola tampar dan sepak takraw.

Thursday, March 25, 2010

MSSD Kota Setar

Pasukan perbarisan sekolah keletihan setelah mengadakan perbarisan di stadium.

Bersama Pn Norlaila Ismail dan En Fadzlan

Sokongan dari Pn Norlaila Ismail dan En Fadzlan

En Shuhaime dan En Lim turut sama dalam perbarisan pembukaan

En Shuhaime dan pasukan perbarisan sekolah


Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Kota Setar telah berlangsung di Stadium Darul Aman selama 4 hari. Pihak sekolah telah menghantar kontinjen bagi acara perbarisan yang turut disertai oleh 49 kontinjen semuanya. Seramai 5 orang atlit perempuan dan 4 orang atlit lelaki dari Sekolah Haji Hassan Itam terlibat mewakili PKG Simpang Empat. Tahniah kepada semua

Thursday, January 21, 2010

Kejohanan Olahraga ke 49

SKHHI akan mengadakan Kejohanan Olahraga ke 49 pada 3 Februari 2010. Kejohanan tersebut akan dirasmikan oleh Sarjan Razali (perasmian pembukaan) dan En Jaffri b Ahmad (perasmian penutup).

Friday, January 1, 2010

Happy New Year

Selamat menyambut tahun baru '2010' kepada semua warga SKHHI. Tanamkan azam baru agar tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Moga tahun 2010 lebih membawa seribu kejayaan kepada kita.

Thursday, December 24, 2009

Tahniah

Tahniah kepada Guru Besar, Pn Zulani Mohktar dan semua guru kerana SK Haji Hassan Itam telah berjaya menjejakkan kaki ke peringkat Kebangsaan bagi memperolehi 'Anugerah PSS Cemerlang'. Moga kejayaan ini akan menjadi pendorong kepada semua guru untuk lebih kuat bagi menghadapi tahun baru '2010'. Selamat tinggal '2009' dan selamat datang '2010'.

Sunday, December 13, 2009

Selamat Kembali Ke Tanahair

Kepada semua jemaah haji Malaysia,
Selamat kembali ke tanahair tercinta. Semuga kalian semua mendapat haji yang 'mabrur'.