Thursday, December 24, 2009

Tahniah

Tahniah kepada Guru Besar, Pn Zulani Mohktar dan semua guru kerana SK Haji Hassan Itam telah berjaya menjejakkan kaki ke peringkat Kebangsaan bagi memperolehi 'Anugerah PSS Cemerlang'. Moga kejayaan ini akan menjadi pendorong kepada semua guru untuk lebih kuat bagi menghadapi tahun baru '2010'. Selamat tinggal '2009' dan selamat datang '2010'.

Sunday, December 13, 2009

Selamat Kembali Ke Tanahair

Kepada semua jemaah haji Malaysia,
Selamat kembali ke tanahair tercinta. Semuga kalian semua mendapat haji yang 'mabrur'.

Selamat Bercuti

Salam Satu Malaysia,
Selamat bercuti untuk semua, semuga cuti ini dapat dimanafaatkan sepenuhnya. Jaga diri, keselamatan keluarga, kesihatan dan sebagainya. Maklumlah, cuti-cuti ni kita semua ada perancangan tersendiri. Apa pun 'Selamat Bercuti' dan sampai jumpa lagi.

Friday, November 13, 2009

PERKHEMAHAN SKHHI

TARIKH 22 HINGGA 24 NOVEMBER 2009

Perkhemahan ini diadakan di pekarangan dewan terbuka sekolah.  Seramai 60 orang pelajar tahun 6 dan 10 orang guru terlibat dalam aktiviti perkhemahan ini.  Guru Besar, Pn Zulani Mohktar telah merasmikan perkhemahan ini. 

Pelbagai aktiviti telah dijalankan,  di antaranya termasuklah ‘treasure hunt’, aktiviti menggunakan kompas, treking dan lain-lain.

 

PERKHEMAHAN 2009 (1) Khemah sudah siap dipasang.

 

PERKHEMAHAN 2009 (35)

Pelajar berbaris dengan tertib. Rasanya tidak sabar nak mula perkhemahan.

 

PERKHEMAHAN 2009 (156) Rasanya sedih nak runtuhkan khemah ni..itulah agaknya perasaan pelajar ini. Belum puas rasanya. Perkhemahan pun dah habis.